Sunday, 8 June 2014

Kari Daging Sayur ala Pakistan



Waktu saya dalam tempoh berpantang di kampung, kakak suka memasak resepi ini untuk suaminya. Suami saya juga merasa makanan ini sewaktu suami saya balik pada hujung minggu melihat saya dan anak. Betul-betul berselera makannya. Sempat lagi suami minta saya belajar memasak makanan ini. Rupanya simple sangat resepi ini dan rasanya apabila saya makan selepas pantang memang menyelerakan.


Kari Daging Sayur ala Pakistan
Oleh: Nuain's Kitchen

Bahan-bahan:
2 ulas bawang putih (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
3 sb serbuk kari dibancuh dengan sedikit air
Serbuk kunyit
2 tangkai cili kampung/padi (optional kalau nak pedas)
1 biji tomato (dihiris)
Brokoli (dipotong)        
Kubis bunga (dipotong)
Kubis bulat (dipotong)
Lobak merah (dipotong)
Daging (dipotong dadu)

Cara-cara:
1. Gaul daging yang dipotong tadi dengan kunyit dan garam. Ketepikan
2. Panaskan minyak. Masukkan kesemua bawang yang dihiris. Tumis sehingga naik bau
3. Masukkan serbuk kari. Tumis sehingga pecah minyak. Kemudian masukkan daging. Gaul seketika sebelum masukkan sedikit air. Kalau nak cepat empuk daging saya suka letak sudu di dalamnya. Apabila masakan sudah mengelegak masukan garam dan gula secukupnya
4. Pastikan daging betul-betul empuk. Kalau masih tidak empuk tambahkan air lagi. Bagi yang suka berkuah boleh biarkan air tidak kering sepenuhnya tetapi bagi yang tidak suka kuah boleh biarkan ia sehingga kering
5. Masukkan kesemua sayur yang dipotong tadi. Gaul seketika sehingga sayur sedikit layu. Siap untuk dihidangkan

No comments:

Post a Comment