Resepi ini amat mudah dan ringkas untuk disediakan. Setiap hari saya akan tiba di rumah melewati waktu senja kerana tempat kerja saya yang jauh. Maka, pada hari-hari bekerja saya hanya dapat masak makanan yang simple.Yela, waktu ini badan sudah letih dan perut pula menyanyi-nyanyi minta diisi.
Saya selalu ingat pesanan emak saya, tidak kisah masak apa pun janji masak dengan ikhlas dan penuh kasih sayang. Bila sudah ada keluarga seperti ini baru saya faham maksud emak. Patutlah walau kita pergi sehingga hujung dunia sekalipun tetapi masakan emak is the best in the world...Superb!
Resepi Daging Masak Merah Simple
Oleh: Nuain's Kitchen
Bahan-bahan:
3 ulas bawang putih (dipotong dadu)
1 biji bawang besar (dihiris)
2 btg serai (dititik/ketuk)
5 tangkai cili padi/kampung (potong)
1 biji tomato (dihiris)
3 sb minyak
1 cawan air
1 sk kicap
1 sk kunyit serbuk
Daging (dipotong dadu)
Sos Cili (Saya paling suka sos cili happy choice. Sedap dan murah)
Garam, gula dan ajinomoto (optional)
Cara-cara:
1. Gaul daging yang dipotong dadu dengan serbuk kunyit, garam dan ajinomoto(optional). Ketepikan.
2. Panaskan minyak. Boleh lebihkan minyak ikut kesesuaian. Tumis bawang putih dan serai sampai naik bau. Masukkan daging. Goreng seketika sampai kekuningan.
3. Masukkan air. Kacau daging seketika. Saya suka letakkan sudu ketika memasak daging kerana daging akan cepat empuk.
4. Pastikan air betul-betul kering dan daging masak sepenuhnya. Kemudian, baru masukkan sos cili mengikut citarasa tersendiri. Saya selalu letak sos sehingga nampak likat pada keseluruhan daging. Masukkan kicap. Kacau sehingga sebati.
5. Masukkan garam, gula dan ajinomoto (optional) secukupnya.
6. Masukkan cili potong, bawang besar dan tomato.
7. Biarkan seketika sebelum diangkat untuk dihidangkan.
No comments:
Post a Comment