Monday, 9 June 2014

Biskut Lidah Kucing Pelangi

Kebelakangan ini tiada kerja yang urgent perlu diselesaikan dipejabat. Maka bermulalah projek mengumpul resepi yang sudah lama saya fikirkan. Resepi pertama yang teruja ingin saya cuba adalah Biskut lidah kucing pelangi kerana teksturnya yang amat menarik. Bukan sahaja orang dewasa malah kanak-kanak boleh tertarik melihat kecomelan biskut ini saya kira. Cari punya ari dan berdasarkan perbandingan maka saya menjumpa resepi INI dari blog kakwan.

Cubaan pertama saya sedikit gagal. Biskut tidak terlalu rapuh walaupun bau butter sangat menyelerakan. Mungkin cara bancuhan saya yang tidak betul. Kemudian saya cuba gabungkan dengan resepi yang menggunakan campuran marjerin di Blog Ilham Mama
Akhirnya biskut yang menepati citarasa saya terhasil. Rasa dan tekstur seimbang. Biskut yang rapuh dan berbau harum serta enak terhasil.

Sunday, 8 June 2014

Daging Masak Merah Simple



Resepi ini amat mudah dan ringkas untuk disediakan. Setiap hari saya akan tiba di rumah melewati waktu senja kerana tempat kerja saya yang jauh. Maka, pada hari-hari bekerja saya hanya dapat masak makanan yang simple.Yela, waktu ini badan sudah letih dan perut pula menyanyi-nyanyi minta diisi.

Saya selalu ingat pesanan emak saya, tidak kisah masak apa pun janji masak dengan ikhlas dan penuh kasih sayang. Bila sudah ada keluarga seperti ini baru saya faham maksud emak. Patutlah walau kita pergi sehingga hujung dunia sekalipun tetapi masakan emak is the best in the world...Superb!

Kari Daging Sayur ala Pakistan



Waktu saya dalam tempoh berpantang di kampung, kakak suka memasak resepi ini untuk suaminya. Suami saya juga merasa makanan ini sewaktu suami saya balik pada hujung minggu melihat saya dan anak. Betul-betul berselera makannya. Sempat lagi suami minta saya belajar memasak makanan ini. Rupanya simple sangat resepi ini dan rasanya apabila saya makan selepas pantang memang menyelerakan.